NGOPDUL COFFEE

 

Selepas solat Jumaat aku dan rakan  aku, Ariff kebiasaan akan pergi makan di mana-mana tempat. Pada hari ini Ariff mencadangkan kita pergi minum kopi di Ngopdul Coffee. Memang aku pun belum pernah menikmati kopi di "Ngopdul" ini.

Ngopdul Coffee merupakan sebuah outlet yang menjual minuman berasakan kopi yang dibrew segar. Mempunyai menu berasakan espresso seperti  Americano, Cappuccino, Latte dan pelbagai jenis kek. Sebagai seorang pengemar kopi, aku sentiasa berminat dengan produk-produk berasaskan kopi yang dibrew segar. Disamping suasana kedai yang berkonsep "hipster" dan reka bentuk yang kreatif memberikan suasana yang unik dan tenang. 

Lokasi

Terletak di tepi Sungai Kinta yang dikenali juga sebagai Ipoh Riverfront. Berdekatan dengan Hotel Ipoh Riverfront. Kawasan ini memang meriah di waktu malam dengan suasana hiasan lampu-lampu yang berwarna warni. Berdekatan juga dengan kawasan Medan Istana. Terdapat juga kedai-kedai lain yang menjual cenderamata, baju dan minuman yang sebaris dengan kedai Ngopdul Coffee ini.  Tempat meletak kereta adalah terhad disebabkan laluan ke sini adalah sempit. Kebiasaan pada malam Sabtu adalah sesak dengan orang ramai. Terdapat juga dua jambatan besi yang menghubungkan ke seberang sungai. Terdapat juga kedai-kedai makan di seberang sungai yang terletak juga Taman D.R  Senivasagam. Terletak tidak jauh daripada pejabat aku.

Keadaan Kedai

Logo Ngopdul jelas kelihatan dan akan memudahkan pengunjung. Saiz outlet tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dinding adalah cermin memberikan pandangan ke luar yang jelas. Dinding cermin di sebelah kiri  menghadap ke arah sungai dan di sebelah kanan  menghadap ke arah jalanraya. Tempahan minuman dan makanan adalah terus ke kaunter. Di kaunter terdapat mesin kopi untuk "grind" dan "brew". Terdapat juga tempat "display" pelbagai jenis kek dan bakery. Kawasan di kaunter untuk tempahan makanan dan minuman adalah kecil dan sempit. Pilihan menu makanan dan minuman di pamerkan di bahagian atas belakang kaunter yang memudahkan pandangan pelanggan yang ingin membuat tempahan menu pilihan. Pembayaran juga boleh diterima secara penggunaan kad debit atau kad kredit.

Terdapat juga meja dan kerusi jikalau pelanggan ingin duduk di luar dan boleh menikmati pandangan lampu-lampu yang berwarna-warni di waktu malam.Hiasan dinding ditampal dengan gambar-gambar yang menunjukkan pelbagai jenis minuman kopi yang berasaskan espresso. 


Logo Ngopdul Coffee


Pandangan Aku

Menu yang terdapat di sini memang tiada bezanya dengan kedai-kedai lain menyajikan menu kopi yang dibrew. Menu kek dan bakeri juga sama dengan yang disediakan di kedai-kedai kopi yang dibrew yang lain. Memang sudah menjadi kelaziman bahawa kopi yang dibrew mesti dinikmati bersama dengan kek atau bakeri. Memang sejak tahun-tahun kebelakangan ini, minuman kopi yang dibrew menjadi minuman pilihan aku. Aku mula mempelajari berkenaan espresso, cappucinno, latte dan lain-lain yang berasaskan espresso. Minuman cappucinno sentiasa menjadi pilihan utama aku, memandangkan "portion" yang sama antara espresso dan susu segar. Lebih-lebih lagu susu segar yang distim dan menjadi foam milk yang menambahkan kenikmatan rasa kopi itu sendiri. Pilihan aku meminum kopi tidak dicampur dengan gula kerana ini akan menghilangkan rasa asal kopi itu sendiri. Memang setiap hari aku akan meminum kopi sekurang-kurangnya secawan.



Hot Cappucinno




Kek pandan 






Hiasan dalaman kedai
















Coffee | Origin, Types, Uses, History, & Facts | Britannica





Comments

Popular posts from this blog

CINTA KITA TETAP UTUH

MASJID TERAPUNG BAGAN DATUK - MASJID TUMINAH HAMIDI - 30 SEPTEMBER 2023