MASJID TERAPUNG BAGAN DATUK - MASJID TUMINAH HAMIDI - 30 SEPTEMBER 2023

 

Kompleks Masjid Tuminah Bagan Datuk

Kompleks Masjid Tuminah Bagan Datuk berkonsepkan masjid terapung di tepian Sungai Perak. Masjid ini merupakan masjid terapung yang ketiga di Perak selepas Masjid Al-Badr Pulau Pangkor dan Masjid Kampung Telaga Nenas Ayer Tawar. Kompleks ini mempunyai sebuah dewan serbaguna dan sebuah dataran. Ia mampu menampung seramai 5000 jemaah dalam satu masa dan merupakan satu tarikan unik di daerah Bagan Datuk.


Selepas aku selesai tugas membuka kaunter bergerak zakat dan wakaf, aku mengambil kesempatan untuk pergi ke pekan Bagan Datuk yang tidak berapa  jauh dari PPD Bagan Datuk tempat kami membuka kaunter. Aku terus menuju ke masjid dikenali juga sebagai masjid terapung Bagan Datuk. Daripada jauh sudah kelihatan menara masjid yang indah sebagai lambang senibina masjid tersebut.


Ruang solat di sebelah tengah masjid memang besar dan luas.Hiasan ayat-ayat suci Al-Quran di setiap sudut dinding memang kelihatan indah.Terdapat ruang balkoni disetiap sudut masjid yang akan menghadap muara Sungai Perak yang luas terbentang.Ruang mengambil wuduk dan tandas terletak di sebelah kanan masjid adalah luas dan mempunyai anjungan yang menghadap muara Sungai Perak.


Semoga masjid yang besar dan indah ini akan menjadi tumpuan masyarakat untuk beribadat dan mengunakan sepenuhnya kemudahan yang ada bagi menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.







































































Comments

Popular posts from this blog

CINTA KITA TETAP UTUH

NGOPDUL COFFEE