Bukit Kledang 5.4
Aku sampai jam 7.35 am di meja bulat tempat kami berkumpul. Jam 7.45 am kami memulakan perjalanan melalui laluan 4.2. Perjalanan kami melalui laluan permulaan yang landai. Perjalanan juga melalui laluan bertangga sehingga melintasi anak sungai yang kecil. Selepas melintasi anak sungai, laluan akan melalui bukit yang curam dan mencanak yang memang meletihkan. Selepas melepasi bukit yang curam dan mencanak, akan melalui trek yang landai sehingga sampai ke persimpangan laluan 4.2. Kami berehat sebentar dan bergambar ramai sebagai kenangan. Kami meneruskan perjalanan melalui trek yang landai sehingga sampai di kawasan sungai.
|
Bergambar di persimpangan 4.2
|
|
Permulaan Pendakian yang landai
|
Apabila sampai di kawasan sungai, kami mengambil peluang untuk bergambar. Aku pergi ke kawasan berbatu yang kelihatan air sungai yang mengalir menambahkan lagi keindahan alam. Memang di sini lokasi yang menarik untuk bergambar kerana persekitaran yang indah dengan aliran air sungai dan batu-batu yang memberikan view yang menarik. Kami meneruskan pendakian menyusuri denai yang sedikit curam. Kami juga melalui persimpangan laluan trek 4.9 di sebelah kiri. Kami meneruskan laluan sehingga melintasi sungai sebagai permulaan laluan trek 5.4. Laluan mula mencanak melalui trek yang jelas dan lapang. Memang kelihatan kesan-kesan trek yang baru di bersihkan dengan pelepah kayu dan dahan-dahan yang baru dipotong. Ini memberikan kemudahan kepada pendaki-pendaki yang melalui trek ini. Kelihatan pokok-pokok hutan yang besar yang menambahkan keindahan dan kedamaian hutan dengan suasana yang tenang.
|
Berlatar belakang kan deruan air terjun
|
|
Aku berehat di atas batu sambil menikmati deruan air sungai yang menenangkan jiwa |
|
|
Kawan-Kawan aku yang sentiasa ceria untuk bergambar
|
|
Kejernihan air sungai memberikan ketenangan |
|
|
Bergambar di permulaan laluan 5.4
|
|
Air dan Alam sentiasa mendamaikan jiwa
|
Pendakian seterusnya melalui trek yang mencuram tapi laluan adalah jelas. Kami melintasi anak sungai kecil dan kawasan ini mempunyai tempat yang sesuai untuk berehat dan menjamah makanan. Terdapat batu-batu sungai yang sesuai untuk berehat. Pendakian diteruskan melalui laluan yang curam, Terdapat pokok-pokok hutan yang mempunyai bentuk-bentuk menarik di mana akar-akar membentuk bentuk yang unik seperti bulatan yang besar atau semi bulatan yang cantik dijadikan lokasi bergambar. Pembentukan pokok-pokok yang unik memberikan pandangan alam yang indah, menarik dan luar biasa.
|
Pembentukan akar-akar kayu yang unik
|
|
Akar-akar pokok yang unik
|
|
Pokok hutan yang besar mungkin sudah berumur lebih 100 tahun
|
|
Di antara pokok-pokok yang unik dan menarik |
|
|
|
Aku kagum melihat besarnya pokok ini |
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat juga batu besar di laluan pendakian 5.4
|
|
Berehat sebentar sebelum masuk ke laluan tar
|
|
Batang pokok yang melintasi laluan trek |
|
|
|
Berlatar belakangkan puncak Bukit Kledang
|
|
Berlatar belakangkan bandaraya Ipoh
|
|
Bersama - sama rakan hiking aku bergambar di depan pokok besar
|
|
Sekumpulan tumbuhan cendawan yang tumbuh liar |
|
|
|
|
Bentuk akar yang unik
|
|
Perjalanan turun melalui jalan tar |
|
|
Laluan 5.4 akan keluar ke jalan tar. Dan kalau hendak terus puncak Bukit Kledang boleh meneruskan pendakian dengan mengikuti jalan tar ke arah kanan selepas keluar dari laluan hutan 5.4 dengan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kami meneruskan perjalanan turun menuju ke tempat permulaan. Penurunan kami adalah lancar tetapi cuaca bertambah panas. Perjalanan melalui persimpangan laluan 4.9 dan 4.2. Seterusnya melalui persimpangan memasuki laluan bertangga sehingga sampai ke tempat permulaan dan ke tempat parking kereta. Semoga pengalaman aku hari ini menambahkan pengalaman berhiking di samping melihat keindahan hutan yang memberikan aku seribu kedamaian dan keinsafan. Memang minat berhiking aku diiringi dengan cinta akan keindahan alam dan kehidupan fauna dan flora yang tumbuh di setiap ruang hutan.
Comments
Post a Comment