HARI KEMERDEKAAN KE 64 - MALAYSIA PRIHATIN

MERDEKA DALAM RAHMAT ALLAH.
Dituntut berzakat untuk Allah beri rahmat.
Rahmat Allah tiada bandingnya.
Rahmat sekelian
Sentiasa bernaung di bawah lindunganNya.
Dicurahi rezeki yang mewah.
Hidup senang lenang.
Gembira lepas bebas dengan aman.
.
Ayat 56 surah An-Nur ini menggabungkan 3 elemen.
PERTAMA: Dirikan solat
KEDUA: Tunaikan zakat
KETIGA: Taat kepada rasul.
.
Bolehkah kita katakan MERDEKA itu sebahagian daripada RAHMAT?
Sudah tentulah merdeka itu membawa erti bebas dan aman.
Rahmat Allah memberi ketenteraman kepada individu dan masyarakat.

dari fb : Zakat Perak-MAIPk

@ZakatPerakMAIPk Government Organization

Aku sebagai generasi yang lahir selepas merdeka sentiasa bersyukur akan nikmat kemerdekaan yang dikecapi sepanjang hidup ku. Walaupun tidak pernah merasai perjuangan untuk mencapai kemerdekaan namun perjuangan oleh orang-orang terdahulu yang berusaha keras untuk mencapai kemerdekaan tetap aku ingati sepanjang hidup aku. Terasa begitu besar nikmat kehidupan selepas merdeka yang mana perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan sering kali dilupai oleh generasi kini. Nikmat sebagai warganegara juga satu nikmat yang tidak ternilai. Nikmat yang hanya dirasai oleh orang-orang yang berusaha untuk mencapai taraf kewarganegaraan. Yang mana kita yang sejak lahir lagi sudah memiliki taraf kewarganegaraan yang hakiki. Namun demikian apakah erti kemerdekaan yang hakiki jika, kita masih tidak mampu untuk mengisi erti kemerdekaan yang sebenarnya.


Masih ada isu-isu yang kita masih tidak mampu untuk menjadikan kita rakyat Malaysia yang bersatu hati. Isu-isu seperti jurang ekonomi yang masih  menampakkan ketidak sama rata dalam pengagihan pendapatan negara secara total. Unsur-unsur kapitalis terus bermaharajalela dalam susun atur sosial dan ekonomi negara. Pihak-pihak tertentu terus menguasai sumber ekonomi negara. Jurang pendapatan antara golongan-golongan tertentu antara golongan atas dan pertengahan masih menunjukkan jurang yang melebar.


Kehidupan sosial masyarakat yang berasaskan ras kaum juga masih di tahap tinggi. Penguasaan bahasa Melayu yang rendah terus menjarakkan pergaulan masyarakat. Di manakah penghayatan bahasa nilai bangsa di kalangan rakyat.



Semangat untuk mengibarkan jalur gemilang di kalangan rakyat juga berada di tahap rendah. Seolah-olah hari kemerdekaan bukan suatu yang bermakna. Seolah-olah semangat patriotik di kalangan rakyat semakin rendah. Sukar melihat jalur gemilang di kibarkan di rumah-rumah.

Setiap dari kita selaku rakyat Malaysia sudah sewajarnya menghayati dan memahami apa ertinya kemerdekaan yang sebenarnya. Ianya bukan bebas daripada penjajahan semata-mata malah mempunyai erti lebih dari itu. Memahami adakah negara kita telah bejaya mencapai tahap bersatu padu yang kukuh di mana setiap rakyat dapat bersama-sama mengenepikan identiti kaum masing-masing tetapi bergerak ke arah mewujudkan nilai bangsa Malaysia yang sebenarnya. Antara nilai-nilai bersatu padu yang kukuh ialah Bahasa Melayu telah manjadi bahasa teras dalam setiap aktiviti seharian serta fasih tuturnya di kalangan rakyat Malaysia. Mewujudkan sistem persekolahan yang tidak lagi dipisahkan mengikut ras kaum masing-masing. Ini akan hanya mewujudkan perpecahan sosial mengikut kaum yang akan terus berpanjangan. Sukar untuk mewujudkan identiti bangsa Malaysia yang satu. Jadikan sambutan Hari Kemerdekaan Ke 64 ini sebagai medium untuk bermuhasabah diri serta memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Berusaha membangunkan negara tercinta ini dengan segala usaha yang ade ke arah mencapai maksud kemerdekaan yang sebenar. Merdeka dari segi ekonomi iaitu tidak terlalu bergantung kepada faktor-faktor luar yang sering memberi kesan yang negatif kepada negara. Merdeka dari segi berjaya mewujudkan integrasi nasional yang sebenar. Tidak lagi hidup dalam kelompok kaum massing-masing. Setiap dari kita berjaya mewujudkan perasaan kekitaan yang sebenar dan berbangga menjadi bangsa Malaysia yang bersatu. Berjaya menjadikan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi yang utama. Melalui bahasa akan mampu mewujudkan rakyat yang bersatu padu dan mempunyai identiti yang sama sebagai bangsa Malaysia. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 64 - Malaysia Prihatin.



Ini harapan setiap rakyat Malaysia yang bersatu hati.

 

Comments

Popular posts from this blog

CINTA KITA TETAP UTUH

MASJID TERAPUNG BAGAN DATUK - MASJID TUMINAH HAMIDI - 30 SEPTEMBER 2023

NGOPDUL COFFEE