Bukit Kledang 4.9 (19 September 2021)

 

Aku sampai di tempat letak kereta jam 7.40 am. Tiba-tiba aku ternampak kawan aku Ayu dan suami beliau serta Kak Wan ada bersama. Memang mereka hendak berhiking hari ini. Aku pun menyertai mereka untuk hiking pada hari ini. Mereka hendak mendaki melalui laluan trek 4.9. Kami memulakan perjalanan melalui laluan trek 4.2. Pada permulaan trek adalah landai dan akan melalui kawasan bertangga serta melintasi anak sungai kecil. Seterusnya akan mendaki satu bukit yang curam sehingga sampai laluan yang landai semula sehingga sampai di persimpangan laluan 4.2. Kami berehat sebentar sambil merakam gambar sebagai memori. Ramai juga pendaki-pendaki lain yang berehat di situ.

Di permulaaan trek 4.2

Aku berselfie sebelum memulakan pendakian

Keadaan akar kayu di laluan

Sarang tebuan

Berselfie lagi

 

Seterusnya kami meneruskan perjalanan melalui laluan yang landai dengan deruan aliran air sungai yang menenangkan jiwa. Cuaca juga terasa nyaman. Laluan tersebut memang di tepi sungai yang mengalir dan jernih. Kami berhenti di suatu kawasan di tepi sungai. Kawasan tersebut memang menjadi tempat pendaki-pendaki mengambil gambar dan berehat. Terdapat batu-batu sungai yang sesuai dijadikan sebagai tempat bergambar. Aliran airnya yang cetek dan jernih sesuai untuk mandi manda. Namun perlu lebih berhati-hati kerana keadaan batu yang licin dan mudah tergelincir mampu mengundang keadaan yang merbahaya yang tidak disangka.

Kejernihan air sungai sentiasa memberikan aku ketenangan jiwa
 

 

Kawan-kawan hiking aku, Muaz, Ayu dan Kak Wan

 

Bergambar di aliran air sungai

Bergambar di aliran air sungai


 Bersama Muaz, Ayu dan Kak Wan
    

Duduk sambil menikmati keindahan dan deruan air sungai


Suasana Alam

                                        Damainya suasana hutan
 
Seterusnya pendakian kami diteruskan dengan memasuki persimpangan ke kiri sebagai permulaan laluan trek 4.9. Keadaan trek adalah curam dan mencanak. Keadaan trek jelas dan lapang. Penggunaan "hiking pool" amat membantu dalam melalui laluan ini kerana keadaan trek curam dan mencanak. Laluan akan keluar ke laluan jalan tar. Terdapat pondok rehat di kawasan yang menjadi laluan keluar daripada trek hutan 4.9 ini. Kami berehat sebentar di pondok ini sambil minum menghilang rasa penat.
 
 
 
Permulaan laluan trek 4.9 yang manaik

Bergambar di permulaan laluan trek 4.9

 
Seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk turun semula. Kami melalui laluan jalan tar sehingga sampai di Stesyen Meteorologi. Kemudian kami memasuki simpang ke kiri melalui laluan bertangga sehingga sampai laluan yang landai. Perjalanan diteruskan sehingga sampai di jalan tar iaitu tempat permulaan pendakian kami dan seterusnya menuju ke tempat letak kereta. Setiap kali melakukan aktiviti berhiking akan sentiasa memberikan kepuasan walaupun melalui laluan yang sama. Setiap keunikan alam dan perasaan yang menghargai alam sekitar sentiasa aku pupuk dalam hati ini. Tanpa alam tidak akan wujud kita sebagai manusia yang sentiasa bersifat simbiosis dengan alam.

Keadaan flora di laluan denai 4.9

Merakam memori di laluan 4.9

Berselfi berlatar belakang pokok besar

Keadaan laluan trek 4.9

Berselfie merakam memori

Cendawan liar




Laluan sebelum sampai ke jalan tar

Laluan bertangga menuruni menuju ke tempat permulaan


Merakan memori sambil berehat

Berlatar belakang Bandaraya Ipoh

Pergerakan menuruni Bukit Kledang


                       Jarak pendakian yang aku rakam  melalui aplikasi Huawei Health

Comments

Popular posts from this blog

CINTA KITA TETAP UTUH

MASJID TERAPUNG BAGAN DATUK - MASJID TUMINAH HAMIDI - 30 SEPTEMBER 2023

NGOPDUL COFFEE