My Vaksin covid 19 (Sinovac)
Aku telah menerima dose pertama vaksin aku pada 5 Ogos 2021 (Khamis). Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan MAIPk yang bermurah hati memberikan suntikan vaksin covid - 19 khusus kepada pekhidmat MAIPk dan anggota keluarga yang layak. Sebanyak mungkin telah memberikan kelegaan yang banyak kepada pekhidmat sendiri yang tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Aku telah menerima suntikan vaksin dose pertama di Hospital Ar-Ridzuan, Ipoh.




Aku telah menerima suntikan dose kedua pada 26 Ogos 2021 (Khamis) jam 10.30 am di Hospital Ar-Ridzuan, Ipoh.Kali ini suasana adalah ramai kerana terdapat pekerja-pekerja kilang yang turut sama menerima suntikan vaksin mereka. Tapi pergerakan adalah tersusun dan teratur.
Semoga pengambilan vaksin ini dapat mengurangkan risiko jangkitan covid=19 bukan hanya kepada diri kita tetapi kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Aku juga amat bersyukur kepada Ilahi kerana masih memberikan kesihatan yang baik dan terhindar daripada penyakit khususnya covid - 19 ini. Pengajaran yang amat berguna daripada musibah yang menimpa dunia masa ini. Kita tidak sepatutnya rasa lalai akibat keselesaian hidup yang dinikmati sebelum ini. Masa untuk kita bermuhasabah diri akan sifat-sifat manusia yang lari dari pegangan hidup Islam dan sifat kerohanian yang semakin terhakis dalam diri manusia, Bersama-sama kita berdoa semoga musibah ini dapat dijauhkan dan terhindar dari kita,



My 2nd dose vaksin
Comments
Post a Comment