Bukit Kledang (Trek Lejen) 16 September 2021
Aku sampai di meja bulat yang menjadi tempat kami berkumpul sebelum memulakan pendakian. Hari ini kami akan mendaki melalui Trek Lejen dan menuju ke puncak RTM. Aku, Liza membawa bersama Sufea anak beliau dan Zura akan mendaki bersama pada hari ini. Kami memulakan pendakian jam 7.50 am. Di awal laluan memang trek adalah landai dengan matahari sudah mula menyinari suasana persekitaran. Keadaan langit adalah cerah dengan sedikit awan. Aku dapat merasakan keadaan cuaca adalah panas hari ini. Kami meneruskan perjalanan melalui trek yang landai pada permulaan sehingga sampai ke bukit yang curam dan melalui trek yang landai semula sehingga sampai di persimpangan trek 4.2. Terdapat ramai pendaki yang berehat di persimpangan trek 4.2. Kebiasaan mereka akan meneruskan pendakian melalui trek 4.2. Kami meneruskan perjalanan melalui laluan yang landai sehingga sampai ke kawasan air terjun, Di sini kami akan memasuki laluan di sebelah kanan selepas melintasi anak sungai.
|
Laluan bertangga di awal trek |
|
|
|
|
|
|
Anak sungai kecil di laluan sebelum sampai di persimpangan 4.2
|
|
Di awal pendakian melalui trek yang landai
|
|
Aku bergambar berlatarbelakang anak sungai yang jernih
|
|
Berehat di atas batu sebelum memasuki laluan Trek Lejen
| | | |
|
|
|
|
|
|
|
Pendakian selepas melintasi anak sungai akan melalui trek yang semakin curam dan pacak. Keadaan trek adalah jelas dan lapang dan papan tanda menuju ke RTM jelas kelihatan. Aku sentiasa menikmati suasana alam yang tenang dan damai. Aku memerhatikan pokok-pokok yang meliputi flora dan fauna yang memberikan ketenangan jiwa kepada aku. Kami juga berehat beberapa kali bagi memberikan kerehatan kepada badan. Kami juga bertembung dengan kumpulan pendaki yang lain yang menggunakan laluan yang sama menuju ke puncak (RTM). Sering kali kami menyapa kumpulan pendaki tersebut di samping memberikan semangat untuk meneruskan pendakian. Aku meneruskan pendakian sambil melihat pokok-pokok yang unik yang mempunyai bentuk akar yang luar biasa. Kami juga seringkali melalui laluan yang dipenuhi akar-akar pokok yang memerlukan kami berhati-hati kerana akar-akar pokok ini boleh menyebabkan kita tergelincir.Terdapat juga batang pokok mati yang melintang di tengah laluan. Walaupun sering kali melalui trek ini, namun iainya akan memberikan pengalaman yang berbeza dan unik. Memamg laluan trek lejen ini memang yang paling mencabar di antara trek-trek lain di jalur pendakian Bukit Kedang ini, Namun kepuasan dan pengalaman baru amat berharga pada setiap kali menjalankan aktiviti pendakian di Bukit Kledang. Pendakian melalui trek lejen ini juga akan melalui persimpangan yang boleh melalui ke trek 5.4. Iaitu simpang yang disebelah kiri jikalau pendaki ingin memasuki ke trek 5.4. Laluan seterusnya akan melalui trek yang pacak melalui tepi tebing yang curam. Terdapat tali plastik pemisah yang memberi panduan kepada pendaki agar tidak melepasi tali plastik itu untuk keselamatan dan memang keadaannya begitu mencuram jikalau tidak berhati-hati.
|
Bergambar di depan "signage" menuju ke RTM
|
|
Akar pokok yang unik dan menarik
|
|
Aku berselfie sebagai memori
|
|
Berehat sebentar sambil bergambar
|
|
Merakam memori |
|
|
|
|
|
|
|
|
Berselfie sambil berehat
|
|
|
Signage menuju ke RTM yang jelas
|
|
Tumbuhan cendawan berwarna hitam yang jarang dijumpai
|
|
Signage menuju ke RTM mudah kelihatan
|
|
Bergambar sebelum sampai ke puncak Kledang
|
|
Bergambar sebagai memori kehidupan
|
|
Keadaan muka bumi Trek Lejen |
|
|
Akhirnya kami sampai di puncak Bukit Kledang. Di sini terdapat empat stesyen pemancar. Kami terus berehat sambil menikmati juadah makanan yang di bawa. Kemudian bergambar di depan papan tanda Stesyen Pemancar Bukit Kledang Atas. Keadaan di puncak Bukit Kledang adalah luas dan terdapat jalan tar. Terdapat juga view yang menampakkan jajaran Banjaran Kledang.
|
Memori berada di puncak Bukit Kledang
|
|
Kegembiraan misi berjaya
|
|
Berehat di Puncak Bukit Kledang
|
Setelah berada di puncak Bukit Kledang selama 30 minit, kami pun bergerak turun. Kami akan melalui laluan yang sama seperti masa pendakian. Iaitu melalui laluan trek lejen. Memang sebelum ini kebiasaannya kami akan turun melalui jalan tar. Kami ingin merasai kelainan untuk turun melalui trek Lejen ini. Jam 11.10 am, kami memulakan pergerakan menuruni dari puncak Bukit Kledang. Melalui laluan trek yang mencuram semasa turun memang memerlukan skil dan sentiasa berhati-hati. Seringkali hampir terjatuh disebabkan kurang imbangan badan. Keadaan trek yang penuh dengan daun-daun kering juga menyebabkan aku hampir-hampir tergelincir.Menuruni laluan trek Lejen sambil melihat dan merasai suasana hutan amat mempesonakan jiwa aku. Pelbagai fauna dan flora saling memerlukan antara satu sama lain menunjukkan alam ini sentiasa berinteraksi bagi mewujudkan keseimbangan.
|
Sempat merakam kawan aku sedang berehat
|
Kami meneruskan penurunan sehingga sampai di anak sungai di persimpangan yang menjadi laluan keluar daripada trek Lejen. Kami berehat sebentar di tepi anak sungai sambil meminum bekalan air yang dibawa. Kemudian kami meneruskan perjalanan melalui trek yang landai sehingga sampai ke tempat permulaan dan seterusnya ke tempat letak kereta.
Comments
Post a Comment