Bukit Kledang 4.5 (Laluan Basikal) dan View Point



Bukit Kledang (Laluan Basikal) dan View Point

Sebelum memulakan pendakian, kami akan berkumpul di meja bulat di kaki Bukit Kledang. Aku sampai di meja bulat dalam jam 7.35 am. Kelihatan Kak Wan, Ayu bersama suami beliau dan Kak Wan juga membawa bersama kawan-kawan beliau untuk hiking pada hari ini. Orang ramai juga kelihatan sudah mula sampai untuk berhiking pada hari ini. Kami memulakan pendakian kami jam 7.45 am. Kami melalui laluan yang dikenali sebagai laluan basikal kerana laluan ini memang digunakan oleh mereka yang menjalankan aktiviti berbasikal yang ekstrem. Sebelum memasuki trek ini, kami akan menaiki laluan yang bertangga yang dibuat menggunakan batu-batu. Pada permulaan, trek adalah landai dan mudah. Kami juga sempat bergambar dan berlatarbelakang sebuat bukit.

 

Permulaan trek basikal


Rakan-rakan yang berhiking bersama aku. Bergambar berlatarbelakang bukit

Berlatarbelakang bukit sebelum permulaan trek basikal

Permulaan trek basikal yang landai

Kami meneruskan pendakian memasuki laluan hutan. Laluan ini beransur-ansur menaik tetapi keadaan trek adalah jelas. Laluan ini adalah sesuai untuk berbasikal kerana laluan yang lapang dan jelas. Terdapat pokok-pokok hutan yang besar dan menambahkan keredupan daripada panas matahari. Terdapat laluan pintas jikalau tidak mahu melalui laluan yang panjang tetapi laluan pintas ini lebih curam dan mencanak. Namun terdapat tali disediakan bagi memudahkan pendaki berpaut kerana laluan yang curam dan sedikit licin. Kami meneruskan pendakian sehingga sampai di pagar yang menempatkan Stesyen Meteorologi. Laluan seterusnya akan memasuki laluan bertangga sehingga sampai ke jalan tar. Kami meneruskan pendakian melalui jalan tar sehingga sampai di sebuah pondok rehat bagi merehatkan diri sebentar. Setelah berehat lebih kurang lima minit, kami meneruskan pendakian sehingga sampai di view point Bukit Kledang. Kami terus mengambil tempat di meja dan kerusi yang ada disediakan. Kami masing-masing mengeluarkan makanan yang dibawa sambil menjamah makanan tersebut. Ada nasi lemak, pulut, roti, kuih dan kopi panas untuk dinikmati. Aku memang berselera menjamah nasi lemak dan pulut kerana memang perut pun dalam keadaan yang lapar.

 

Keadaan trek yang lapang dan jelas

Tumbuhan cendawan yang meliar sentiasa menarik perhatian aku

Berselfie merakam memori

Keadaan trek

 

Berselfie berlatarbelakang puncak Bukit Kledang

Memang ramai yang berhiking hari ini

Bersefie sambil berehat sebentar

Bersama rakan-rakan yang berhiking

 

Kuih-kuih yang dibawa


Pelbagai juadah yang dibawa

Pelbagai juadah yang dibawa





View Point Bukit Kledang

Setelah selesai aku menjamah makanan, aku pergi ke kawasan view point yang terletak lebih kurang hanya 20 meter dari tempat kami makan. Keadaan view point adalah terletak di sebuah puncak yang lapang dan mempunyai view yang cantik. View bandaraya Ipoh jelas kelihatan dari view point ini. Malah view latar belakang puncak Bukit Kledang juga kelihatan dengan jelas. Terdapat juga pokok-pokok renek kawasan sini dan di bawah puncak view point ini. Memang sesuai untuk bergambar di sini.

Kelihatan puncak Bukit Kledang dari view point

View Bandaraya Ipoh dari view point

 
Bergambar di view point

Keadaan di view point

Berselfie di view point


Aku  memulakan penurunan ke tempat permulaan dalam keadaan cuaca yang panas


Berselfie masa dalam perjalanan turun

Di bawah sinar matahari

Aku meneruskan penurunan melalui jalan tar sehingga melalui laluan bertangga di bawah sinaran cahaya matahari. Sehingga sampai ke tempat permulaan dan ke tempat parking kereta. Berhiking hari ini menambahkan pengalaman baru aku akan pelbagai trek di Bukit Kledang. Setiap pengalaman yang baru akan memberikan aku pengajaran bahawa kehidupan ini perlu dipenuhi dengan pengamatan bahawa alam ini sering memberi kita perasaan damai dan tenteram. Ini yang sentiasa memberikan aku motivasi bahawa alam dan manusia mesti sentiasa harmoni dan seimbang.

 

 


 





 




 

Comments

Popular posts from this blog

CINTA KITA TETAP UTUH

MASJID TERAPUNG BAGAN DATUK - MASJID TUMINAH HAMIDI - 30 SEPTEMBER 2023

NGOPDUL COFFEE