Bukit Kledang 25 Ogos 2021

 

Aku keluar dari pejabat jam 3.30 pm dan terus ke rumah baru Ipoh sambil menunggukan masuk waktu solat asar. Selepas selesai aku menunaikan solat asar, aku terus keluar menuju Bukit Kledang. En Nazri telah sedia menunggu aku di meja bulat tempat sebelum memulakan pendakian. Aku sampai di sana jam 6.00 petang dan terus memulakan pendakian untuk laluan 4,2. Aku juga mengaktifkan aplikasi "Huawei Health" dan "Relive" untuk merekod jarak pendakian aku. Ramai juga pendaki-pendaki lain pada masa itu. Cuaca adalah baik cuma kelihatan mendung dan sekali sekala kedengaran guruh yang mengegarkan suasana. Aku akan sentiasa menikmati pandangan alam pada setiap langkah yang aku tempuhi. Aku juga beberapa kali memberhentikan langkah aku bagi berehat seketika. Laluan yang bercuram yang sering kali aku lalui tidak memberikan aku kesenangan kerana keletihan akan sentiasa membelengu aku. Di selang seli dengan berehat akan memberikan aku tenaga bagi meneruskan pendakian ke destinasi aku pada kali ini. Aku sempat beberapa kali berhenti untuk bergambar yang diambil oleh En Nazri serta berswafoto sebagai memori pada hari ini. Setiap pendakian akan memberikan aku kelainan dari segi cuaca dan kemampuan badan dan fizikal kita. Tetapi kepuasan untuk mencapai destinasi yang dirancangkan menjadi satu kemenangan kepada diri aku. Laluan 4.2 yang dikenali sebagai laluan mencanak untuk sampai ke jalan tar memang akan menguji tahap mental dan fizikal kita.


B

Berlatarbelakang kan puncak Bukit Kledang sambil berehat sebelum turun melalui laluan tar dan bertangga


Bergambar bersama jalur gemilang di laluan mencanak 4.2


Berswafoto di laluan 4.2


Selepas sampai jalan tar, kami berehat sebentar sambil mengambil gambar dan beswafoto sebagai memori. Kami meneruskan perjalan turun melalui jalan tar dan memasuki laluan bertangga menuju ke "starting point" dan ke kereta masing-masing. Tamat pendakian aku pada hari ini. Setiap pendakian akan sentiasa memberikan keunikan yang berbeza walaupun beberapa kali mendaki di laluan yang sama. Sebagai contoh daun yang kita pegang dan lihat pada hari ini tidak akan sama dengan daun yang kita pegang dan lihat pada minggu hadapan atau pun pada hari-hari yang mendatang.


Indah nya puncak Bukit Kledang


Pemandangan Bandaraya Ipoh


Pemandangan Bandaraya Ipoh dan Banjaran Titiwangsa


Berswafoto di Laluan 4.2



Bersama dengan En.Nazri




Laluan turun









Comments

Popular posts from this blog

CINTA KITA TETAP UTUH

MASJID TERAPUNG BAGAN DATUK - MASJID TUMINAH HAMIDI - 30 SEPTEMBER 2023

NGOPDUL COFFEE