Bukit Kledang 21 Ogos 2021 (Legend Trail)
Aku keluar rumah jam 7.05 pagi. Kali ini aku hiking bersama-sama rakan ku iaitu Za, Zura, Leza, Kak Wan, Cikgu Taufik dan pada kali ini Zura membawa bersama suami beliau, Kak Wan membawa bersama suami beliau yang bernama Cik Bon yang nama sebenar ialah Hasbullah. Za juga membawa bersama anak lelakinya yang bernama Aziz. Seperti biasa kami akan berkumpul di meja bulat sebelum memulakan pendakian.Seperti biasa sebelum memulakan pendakian, kami akan berbincang laluan yang akan diikuti. Kami bersepakat akan melalui Trek "Legend". Kami memulakan pendakian jam 7.50 pagi dan melalui laluan yang memasuki trek 4.2 terlebih dahulu sehingga sampai ke persimpangan yang akan melintasi sungai sebelum melalui laluan trek "Legend". Kami berehat sebentar di persimpangan laluan 4.2. Cuaca pada pagi adalah cerah. Ramai juga pendaki-pendaki yang menjalankan aktiviti berhiking di Bukit Kledang pada hari ini. Selepas melintasi sungai, akan melalui laluan yang bercuram yang sukar tetapi keadaan trek adalah jelas dan lebar. Di samping tanda-tanda laluan yang dicat merah jelas kelihatan di pokok-pokok. Kami juga akan berehat sebentar di lokasi yang sesuai bagi merehatkan diri dan berkumpul semula. Pendakian melalui trek "Legend" boleh dikategorikan sebagai sukar kerana laluan yang curam dan pacak. Namun dengan berbekalkan dengan semangat, pendakian tetap diteruskan menuju ke puncak. Masing-masing dengan pace yang tersendiri. Seperti biasa aku akan bertindak sebagai sweeper. Keindahan pokok-pokok hutan dan suasana yang tenang dan damai sentiasa menjadi inspirasi aku ketika berhiking. Akhirnya kami sampai di puncak Bukit Kledang jam 11.55 pagi.
Di Puncak Bukit Kledang
Kami berehat di puncak Bukit Kledang sambil menikmati makanan yang dibawa. Aku makan nasi lemak dan sandwich. Kami juga bergambar beramai di kawasan berdekatan dengan papan tanda Stesyen Pemancar Bukit Kledang Atas. Setelah selesai bergambar, kami meneruskan perjalanan turun melalui laluan bertar. Kami meneruskan perjalanan turun sehingga sampai di persimpangan berdekatan stesyen sesmologi untuk memasuki laluan bertangga sehingga sampai di tempat permulaan. Kami sampai di tempat permulaan jam 1.15 pm. Aku terus menuju ke kereta aku untuk pulang ke rumah.
Memori yang dirakamkan
Di bawah pohon pokok buluh
Kedamaian air sungai yang mengalir tenang
Berswafoto di trek
Bergambar ramai di atas trek
Bergambar ramai di tepi air terjun
Aku berlatarbelakang kan sungai kecil yang jernih dan indah mata memandang
Cendawan liar yang sentiasa menarik perhatian aku setiap kali berhiking
On trek
Bergambar sambil berehat
Mereka tidak jemu untuk bergambar (dari kanan Zura, Wan, Za, Liza)
Aku sentiasa mencari port yang unik untuk bergambar
Aku berehat sambil merakam memori
Cendawan yang tumbuh selepas hujan
Semua wajah ceria selepas berehat
Hampir sampai ke puncak
RTM, aku hampr sampai
Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar sebelum sampai ke puncak
Alhamdulillah, semua berjaya sampai ke puncak Bukit Kledang
Memori aku di puncak Bukit Kledang
Jom turun setelah misi berjaya pada hari ini 21 Ogos 2021(Sabtu)
Jarak yang dilalui
Fakta-fakta Bukit Kledang
Ketinggian - 817 meter
Jarak - 9.3 KM
Lokasi - Jalan Kledang, Menglembu
Trek - Jalan Tar dan Trek Hutan (4.2, 4,9, 5.8, 5.4 dan trek legend)
Puncak - Terdapat Stesyen Pemancar RTM (Point Tertinggi)
Keadaaan trek- moderate dan hardcore
Status - Hutan Simpan Kekal
Comments
Post a Comment