Posts

Showing posts from September, 2021

Bukit Kledang (Trek Legend)

Image
 Bukit Kledang (Trek Lejen) 16 September 2021 Aku sampai di meja bulat yang menjadi tempat kami berkumpul sebelum memulakan pendakian. Hari ini kami akan mendaki melalui Trek Lejen dan menuju ke puncak RTM. Aku, Liza membawa bersama Sufea anak beliau dan Zura akan mendaki bersama pada hari ini. Kami memulakan pendakian jam 7.50 am. Di awal laluan memang trek adalah landai dengan matahari sudah mula menyinari suasana persekitaran. Keadaan langit adalah cerah dengan sedikit awan. Aku dapat merasakan keadaan cuaca adalah panas hari ini. Kami meneruskan perjalanan melalui trek yang landai pada permulaan sehingga sampai ke bukit yang curam dan melalui trek yang landai semula sehingga sampai di persimpangan trek 4.2. Terdapat ramai pendaki yang berehat di persimpangan trek 4.2. Kebiasaan mereka akan meneruskan pendakian melalui trek 4.2. Kami meneruskan perjalanan melalui laluan yang landai sehingga sampai ke kawasan air terjun, Di sini kami akan memasuki laluan di sebelah kanan selepas meli

BUKIT KLEDANG 5.4 (4/9/2021)

Image
     Bukit Kledang 5.4 Aku sampai jam 7.35 am di meja bulat tempat kami berkumpul. Jam 7.45 am kami memulakan perjalanan melalui laluan 4.2. Perjalanan kami melalui laluan permulaan yang landai. Perjalanan juga melalui laluan bertangga sehingga melintasi anak sungai yang kecil. Selepas melintasi anak sungai, laluan akan melalui bukit yang curam dan mencanak yang memang meletihkan. Selepas melepasi bukit yang curam dan mencanak, akan melalui trek yang landai sehingga sampai ke persimpangan laluan 4.2. Kami berehat sebentar dan bergambar ramai sebagai kenangan. Kami meneruskan perjalanan melalui trek yang landai sehingga sampai di kawasan sungai.   Bergambar di persimpangan 4.2 Permulaan Pendakian yang landai Apabila sampai di kawasan sungai, kami mengambil peluang untuk bergambar. Aku pergi ke kawasan berbatu yang kelihatan air sungai yang mengalir menambahkan lagi keindahan alam. Memang di sini lokasi yang menarik untuk bergambar kerana persekitaran yang indah dengan aliran air sungai

Bukit Kledang 4.5 (Laluan Basikal) dan View Point

Image
Bukit Kledang (Laluan Basikal) dan View Point Sebelum memulakan pendakian, kami akan berkumpul di meja bulat di kaki Bukit Kledang. Aku sampai di meja bulat dalam jam 7.35 am. Kelihatan Kak Wan, Ayu bersama suami beliau dan Kak Wan juga membawa bersama kawan-kawan beliau untuk hiking pada hari ini. Orang ramai juga kelihatan sudah mula sampai untuk berhiking pada hari ini. Kami memulakan pendakian kami jam 7.45 am. Kami melalui laluan yang dikenali sebagai laluan basikal kerana laluan ini memang digunakan oleh mereka yang menjalankan aktiviti berbasikal yang ekstrem. Sebelum memasuki trek ini, kami akan menaiki laluan yang bertangga yang dibuat menggunakan batu-batu. Pada permulaan, trek adalah landai dan mudah. Kami juga sempat bergambar dan berlatarbelakang sebuat bukit.   Permulaan trek basikal Rakan-rakan yang berhiking bersama aku. Bergambar berlatarbelakang bukit Berlatarbelakang bukit sebelum permulaan trek basikal Permulaan trek basikal yang landai Kami meneruskan pendakian mem