Bukit Kledang 25 Ogos 2021
Aku keluar dari pejabat jam 3.30 pm dan terus ke rumah baru Ipoh sambil menunggukan masuk waktu solat asar. Selepas selesai aku menunaikan solat asar, aku terus keluar menuju Bukit Kledang. En Nazri telah sedia menunggu aku di meja bulat tempat sebelum memulakan pendakian. Aku sampai di sana jam 6.00 petang dan terus memulakan pendakian untuk laluan 4,2. Aku juga mengaktifkan aplikasi "Huawei Health" dan "Relive" untuk merekod jarak pendakian aku. Ramai juga pendaki-pendaki lain pada masa itu. Cuaca adalah baik cuma kelihatan mendung dan sekali sekala kedengaran guruh yang mengegarkan suasana. Aku akan sentiasa menikmati pandangan alam pada setiap langkah yang aku tempuhi. Aku juga beberapa kali memberhentikan langkah aku bagi berehat seketika. Laluan yang bercuram yang sering kali aku lalui tidak memberikan aku kesenangan kerana keletihan akan sentiasa membelengu aku. Di selang seli dengan berehat akan memberikan aku tenaga bagi meneruskan pendakian ke destinasi