Posts

CINTA KITA TETAP UTUH

Image
Tanggal 11 Mei yang menjelang tiba yang merupakan tarikh lahir seorang insan yang aku panggil kekasih. Ucapan dari hati ku SELAMAT HARI JADI UNTUK MU KEKASIH KU. Aku sentiasa mengharapkan percintaan ini sentiasa kekal utuh bak masa yang sentiasa bergerak ke hadapan seperti juga cinta kita ini. Tidak sabar serta gelora hati ku ni untuk meraikannya bersama mu sayang. Insha Allah sampai detik dan ketika nya akan kita meraikannya bersama-sama. Walaupun hati ini sentiasa mengharapkan untuk bersama selalu tetapi halangan masa dan tempat membataskan segala-galanya namun mungkin ada hikmahnya. Menjangkaui 4 tahun silih berganti namun perasaan cinta kita tetap bertaut kuat dan utuh.  Percintaan yang dinaungi dengan perasaan kasih sayang dan kerinduan yang telah mengikat cinta suci kita. Umpama tingginya langit dan bumi begitu jugalah tinggi dan kuatnya percintaan kita sayang. Cinta kita yang lahir dari perasaan dan jiwa yang sentiasa mengharapkan belaian kasih sayang antara dua insan yang berj

MASJID TERAPUNG BAGAN DATUK - MASJID TUMINAH HAMIDI - 30 SEPTEMBER 2023

Image
  Kompleks Masjid Tuminah Bagan Datuk Kompleks Masjid Tuminah Bagan Datuk berkonsepkan masjid terapung di tepian Sungai Perak. Masjid ini merupakan masjid terapung yang ketiga di Perak selepas Masjid Al-Badr Pulau Pangkor dan Masjid Kampung Telaga Nenas Ayer Tawar. Kompleks ini mempunyai sebuah dewan serbaguna dan sebuah dataran. Ia mampu menampung seramai 5000 jemaah dalam satu masa dan merupakan satu tarikan unik di daerah Bagan Datuk. Selepas aku selesai tugas membuka kaunter bergerak zakat dan wakaf, aku mengambil kesempatan untuk pergi ke pekan Bagan Datuk yang tidak berapa  jauh dari PPD Bagan Datuk tempat kami membuka kaunter. Aku terus menuju ke masjid dikenali juga sebagai masjid terapung Bagan Datuk. Daripada jauh sudah kelihatan menara masjid yang indah sebagai lambang senibina masjid tersebut. Ruang solat di sebelah tengah masjid memang besar dan luas.Hiasan ayat-ayat suci Al-Quran di setiap sudut dinding memang kelihatan indah.Terdapat ruang balkoni disetiap sudut masjid y

NGOPDUL COFFEE

Image
  Selepas solat Jumaat aku dan rakan  aku, Ariff kebiasaan akan pergi makan di mana-mana tempat. Pada hari ini Ariff mencadangkan kita pergi minum kopi di Ngopdul Coffee. Memang aku pun belum pernah menikmati kopi di "Ngopdul" ini. Ngopdul Coffee merupakan sebuah outlet yang menjual minuman berasakan kopi yang dibrew segar. Mempunyai menu berasakan espresso seperti  Americano, Cappuccino, Latte dan pelbagai jenis kek. Sebagai seorang pengemar kopi, aku sentiasa berminat dengan produk-produk berasaskan kopi yang dibrew segar. Disamping suasana kedai yang berkonsep "hipster" dan reka bentuk yang kreatif memberikan suasana yang unik dan tenang.  Lokasi Terletak di tepi Sungai Kinta yang dikenali juga sebagai Ipoh Riverfront. Berdekatan dengan Hotel Ipoh Riverfront. Kawasan ini memang meriah di waktu malam dengan suasana hiasan lampu-lampu yang berwarna warni. Berdekatan juga dengan kawasan Medan Istana. Terdapat juga kedai-kedai lain yang menjual cenderamata, baju dan

SELAMAT HARI JADI KEKASIH KU

Image
Tanggal 11 Mei adalah tarikh keramat seorang insan yang menjadi pujaan dan cinta hati ku. Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI UNTUK MU KEKASIH. Tidak sabar serta gelora hati ku ni untuk meraikannya bersama mu sayang. Lagi pun kita telah berjanji untuk meraikannya bersama-sama. Sudah dua tahun silih berganti akan percintaan kita. Percintaan yang dinaungi dengan perasaan kasih sayang dan kerinduan yang telah mengikat cinta suci kita. Walaupun berjauhan di mata namun hati dan jiwa kita sentiasa bersatu. Bersatu mengharapkan kasih sayang abadi antara kita berdua. Kerinduan yang akan menguatkan percintaan kita. Seperti bumi sentiasa mengharapkan bintang untuk menyinari kegelapan malam. Semakin lama percintaan kita makin bertambah perasaan cinta yang kini bertahta di hati ku untuk mu sayang. Indah umpama cerah nya langit biru dan awam putih yang mengindahkan bumi ini. Umpama malam yang menyinari kegelapan seperti kerlipan bintang-bintang di galaksi yang masing-masing menonjolkan sinar ca