Posts

Showing posts from September, 2023

NGOPDUL COFFEE

Image
  Selepas solat Jumaat aku dan rakan  aku, Ariff kebiasaan akan pergi makan di mana-mana tempat. Pada hari ini Ariff mencadangkan kita pergi minum kopi di Ngopdul Coffee. Memang aku pun belum pernah menikmati kopi di "Ngopdul" ini. Ngopdul Coffee merupakan sebuah outlet yang menjual minuman berasakan kopi yang dibrew segar. Mempunyai menu berasakan espresso seperti  Americano, Cappuccino, Latte dan pelbagai jenis kek. Sebagai seorang pengemar kopi, aku sentiasa berminat dengan produk-produk berasaskan kopi yang dibrew segar. Disamping suasana kedai yang berkonsep "hipster" dan reka bentuk yang kreatif memberikan suasana yang unik dan tenang.  Lokasi Terletak di tepi Sungai Kinta yang dikenali juga sebagai Ipoh Riverfront. Berdekatan dengan Hotel Ipoh Riverfront. Kawasan ini memang meriah di waktu malam dengan suasana hiasan lampu-lampu yang berwarna warni. Berdekatan juga dengan kawasan Medan Istana. Terdapat juga kedai-kedai lain yang menjual cenderamata, baju dan